• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Budak 9 tahun cuma boleh makan makanan bayi

Joshua

Ramai kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja mengamalkan diet yang membosankan tetapi untuk seorang budak, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia mungkin boleh mati.

Joshua yang berusia sembilan tahun, mengalami penyakit yang jarang ditemui, dikenali sebagai “eosinophilic esophagitis” yang bermaksud dia alah dengan pelbagai jenis makanan dan boleh membawa maut.

Bagi kanak-kanak biasa makanan seperti piza, hot dog, sandwic mentega kacang dan jam adalah normal tetapi tidak bagi Joshua kerana dia mengalami alahan dengan muntah, cirit birit atau serangan anafilaksis.

Bau dari makanan juga boleh membawa maut kepadanya.

Ini bermakna, ibu dan bapanya mesti memasak untuk seluruh keluarga menggunakan gril di luar.

Bapanya, Brant berkata, “Yang paling sukar bagi saya, dia tidak boleh makan apa yang kami makan.”

Joshua hanya boleh makan makanan bayi setiap hari. Selain itu dia doktor memberikan formula untuk meningkatkan nutrien dalam badan melalui tiub di perutnya.

Joshua juga diberi pendidikan di rumah oleh ibunya, Cara, disebabkan penyakit yang membuatkan dia lesu.

“Setiap hari, Joshua akan bangun pada jam 6.45 pagi kerana dia mendengar bunyi enjin bas sekolah,” katanya.

Katanya, “Kadang-kadang dia akan memandang ke luar tingkap dan menangis kerana dia tidak boleh naik bas itu, dia tidak boleh naik bas sekolah dengan kanak-kanak lain.”

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail