• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Fosil unta purba ditemui

RAHANG unta purba yang ditemui di Panama olah sekumpulan saintis.

Para penyelidik menyatakan mereka menemui fosil seekor unta purba yang memiliki muncung panjang dan hidup di hutan tropika di Panama kira-kira 20 juta tahun lalu.

Unta tersebut tidak mempunyai bonggol dan salah satu spesies yang ditemui itu memiliki ketinggian 0.6 meter.

Para penyelidik tersebut menyatakan penemuan itu dalam artikel yang disiarkan di dalam Journal of Vertebrate Paleontology.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Florida, Aldo Rincon, gigi unta itu mempunyai gigi seperti buaya.

Fosil itu ditemui semasa kerja-kerja untuk mendalamkan Terusan Panama bagi membolehkan kemasukan kapal-kapal kargo yang baru dilakukan.

Dia dan saintis dari Panama, Amerika Syarikat dan Institut Penyelidikan Tropika Smithsonian turut menemui fosil penyu, kuda dan ikan layar. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail