• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

ISTANA...Hasil jenayah seluk saku


Di Britain, mereka mendakwa hidup dalam keadaan miskin dan menerima rezeki daripada ihsan pelancong asing dengan menjual majalah Big Issue.

Namun, keluarga Rostas sebenarnya mempunyai lima buah istana yang sangat besar di tahan air mereka di Transylvania, Romania, hasil daripada jenayah seluk saku.

Istana agam keluarga gipsi Romania itu, dibina dengan pembiayaan ribuan pound yang dicuri dari dalam komuter termasuk telefon-telefon bimbit yang dirampas sewaktu penumpang kereta api lewat malam dari London ke Kent sedang nyenyak dibuai mimpi.

Sekurang-kurangnya 185 orang menjadi mangsa mereka, tetapi polis percaya angka sebenar melebihi 500 orang.

Menurut polis, telefon bimbit yang dicuri, dijual di Romania bagi mendapatkan pembiayaan untuk membina vila 16 bilik tidur, namun tidak disiapkan untuk mengelak pembayaran cukai harta Romania.

Polis percaya, keluarga penyeluk saku itu mungkin terlibat dengan rangkaian jenayah lebih luas yang berkembang di Eropah, dan beroperasi di Britain, Ireland dan Perancis

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail