• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Jururawat dituduh bunuh pesakit kerana simpati


Pendakwa raya di negara ini memfailkan dakwaan membunuh terhadap dua jururawat kerana melakukan sekurang-kurangnya 16 pembunuhan kerana simpati.

Jururawat lelaki terbabit yang berusia 39 dan 46 tahun, masing-masing didakwa membunuh pesakit di Pusat Rawatan Rapi Neurologi swasta dan unit rawatan rapi hospital kerajaan.
Teman wanita seorang daripada suspek dituduh menyembunyikan maklumat berhubung kait dengan kes itu.

Hakim Rolando Vomero yang bertanggungjawab dalam siasatan kes itu tidak memberitahu dengan jelas berapa banyak kematian yang disiasat.

Namun, dia berkata, seorang daripada suspek mengakui membunuh 11 pesakit dan seorang lagi lima pesakit. Menurutnya, tertuduh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengakhiri nyawa pesakit. “Dalam satu kes, suspek menyuntik morfin ke dalam saluran darah manakala dalam satu lagi kes, mereka mengepam udara ke dalam saluran darah yang mengakibatkan kematian dalam tempoh beberapa minit,” katanya. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail