• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kahwin RM9.90...Semua orang boleh kahwin

Dengan harga serendah RM9.90 untuk seorang, ‘semua orang boleh kahwin’.

Itu slogan yang menjadi trademark pakej baru ditawarkan perunding perkahwinan, Kamalinda Catering, Event and Wedding Planner (Kamalinda).

Pemiliknya, Ashraf Mohammed berkata, melalui pakej dengan minimum 1,000 tetamu itu, pelanggan memperoleh set makanan pilihan, lima kanopi termasuk khemah pengantin dan pelamin 10 kaki lebar.

“Kita sedia maklum orang yang hendak kahwin ini memerlukan kos tinggi, jadi kami cuba ambil pendekatan dengan kurangkan perbelanjaan mereka.

“Buat masa ini, sambutan pakej ini sangat menggalakkan. Sejak dilancarkan Februari lalu, kita sudah dapat 30 tempahan,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Perkahwinan Kamalinda, di sini, semalam .

Ashraf berkata, pihaknya turut menawarkan pakej ulang tahun perkahwinan dengan harga serendah RM59.90.

Kamalinda katanya, turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menggunakan Stadium Shah Alam, di sini menggantikan penggunaan dewan sebagai lokasi perkahwinan dalam usaha untuk mempromosikan kawasan itu.

“Ini pertama kali kita adakan program di stadium ini, kami tunjukkan situasi sebenar majlis berlangsung di mana pelbagai pakej perkahwinan yang kami tawarkan dengan tema Perancis, taman, Arab, ‘Funky’ dan elegan kontemporari, pelanggan boleh pilih tema dan konsep mengikut bajet mereka,” katanya.

Setelah 13 tahun beroperasi, lebih 250 pelanggan hadir dalam majlis itu untuk menyaksikan sendiri pakej yang ditawarkan Kamalinda.

Seorang pelanggan, Zulianee A Rahim, 25, berkata, dia yang merancang berkahwin hujung tahun ini memilih pakej RM9.90 kerana harganya yang disifatkan sangat berpatutan.

“Promosi yang mereka jalankan bagus kerana saya bersama keluarga dapat lihat sendiri keadaan sebenar ketika majlis perkahwinan nanti, bukan setakat tengok gambar saja,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pakej perkahwinan boleh menghubungi Alynn di talian 019-311 3291

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail