• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Panasonic, Fujitsu keluar telefon bimbit kalis air dan habuk

Panasonic ELUGA Smartphone

Wanita Jepun begitu sayang kepada telefon mereka sehingga mereka menggunakannya dalam bilik mandi.


Syarikat pembuat telefon bimbit berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran telefon kalis air sesuatu yang mesti. Ia juga perlu mempunyai ciri yang boleh mengelak petir dan kemalangan ketika menghantar SMS dalam tandas.

Panasonic dan Fujitsu menghebahkan telefon bimbit kalis air dan habuk keluaran mereka ketika berusaha menarik pasaran luar negara di pameran telefon bimbit terbesar dunia di Barcelona, minggu ini.

“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak kalis air. Kira-kira 90 hingga 95 peratus telefon yang dijual sekarang adalah kalis air,” kata eksekutif Panasonic, Taro Itakura pada Kongres Telefon Bimbit Dunia.

“Kenapa? Ia amat unik. Wanita muda Jepun memilih untuk menggunakan telefon bimbit mereka walaupun ketika mandi. Telefon bimbit sudah menjadi sesuatu yang mesti dimiliki,” katanya.

Panasonic kini berusaha untuk memasuki pasaran Eropah selepas berundur pada 2005 untuk menumpukan kepada pasaran tempatan.

“Alasan kami mahu kembali ialah terdapat banyak perubahan dalam industrti dengan pengenalan telefon pintar yang sudah menjadi produk global. Dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri ini sebagai pembuat, kami, Panasonic perlu kukuh dalam persaingan global,” katanya.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada penduduk Eropah mempunyai sifat yang sama dengan rakyat Jepun, suka menggunakan telefon ketika mandi. Bagaimanapun, Itakura berkata, mereka wajar menimbang kelebihan untuk berbual ketika dalam hujan.

Sepertiga daripada kerosakan telefon berpunca daripada air, kata pakar pemasaran Panasonic untuk Eropah, Florian Sohn. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail