• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Peraturan baru...Buka purdah jika bersumpah


Wanita Islam di negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales akan diminta membuka penutup muka atau purdah jika membuat pengakuan bersumpah di bawah undang-undang terbaru yang sedang dirangka untuk dipinda pihak berkuasa New South Wales.

Peguam bagi New South Wales, Greg Smith dalam kenyataan semalam berkata, mulai 30 April, pegawai seperti jaksa pendamai dan peguam yang menjadi saksi perakuan bersumpah atau afidavit tanpa membuat pemeriksaan identiti akan didenda A$220 (RM710).

“Jika memakai penutup muka, seorang saksi pihak berkuasa perlu secara terhormat dan sopan meminta mereka untuk menunjukkan wajah mereka,” kata Smith.

Kerajaan semalam memulakan kempen untuk memastikan penduduk awam dan pihak berkuasa menyedari mengenai penalti baru sebelum ia akan dikuatkuasakan.

Undang-undang itu menyusul satu kes mahkamah tahun lalu apabila seorang wanita Sydney disabit kesalahan membuat dakwaan palsu menuduh polis trafik cuba membuka niqapnya berikutan dia hanya mendedahkan mata.

Seorang hakim meminda sabitan kesalahan itu kerana pegawai terbabit yang menjadi saksi dakwaan palsu itu tidak melihat wajah pendakwa, menyebabkan hakim tidak dapat memastikan defendan adalah pihak bertanggungjawab.
Undang-undang terbaru itu diluluskan pada 23 Disember oleh parlimen negeri. Ia diikuti undang-undang New South Wales yang diluluskan tahun lalu, memperkenalkan satu denda AU$5,500 (RM17,773) dan hukuman penjara 12 bulan terhadap sesiapa yang enggan membuka penutup muka apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Presiden Majlis Islam Persekutuan Australia, kebal Patel berkata ketika sebilangan penduduk Islam menyifatkan undang-undang itu sebagai satu reaksi spontan kepada kes mahkamah itu dan majoriti tidak membantahnya. – AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail