• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Temuduga...Perogol bersiri tawar perkerjaan

Polis Hong Kong berkata, mereka menahan suspek perogol bersiri yang memperdaya mangsanya dengan meletakkan iklan temuduga kerja palsu di Internet.

Lelaki berusia 31 tahun itu, yang dikenali sebagai Chan, ditahan Isnin lalu, selepas seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun berkata dia dirogol di sebuah hotel di mana “temuduga” itu dijalankan.

Jurucakap polis berkata, “Kami masih menyiasat sekiranya ada gadis lain yang menjadi mangsanya. Kami merayu mereka untuk tampil memberi keterangan.”

Akhbar South China Morning Post melaporkan, kemungkinan 10 wanita telah menjadi mangsanya, berdasarkan gambar yang dijumpai dalam alat elektronik suspek itu. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail