• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita separuh bogel serbu pusat undi


DUA wanita separuh bogel ditangkap polis di sebuah pusat pengundian di Moscow semalam.

Beberapa wanita separuh bogel yang hanya memakai seluar panjang ditangkap polis selepas mereka menyerbu sebuah pusat pengundian di Akademi Sains Rusia di sini semalam.

Wanita-wanita tersebut yang merupakan anggota pertubuhan FEMEN dari Ukraine menyerbu pusat itu selepas Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tiba untuk mengundi dalam pilihan raya presiden.

Putin turut bertanding sebagai calon presiden.

Anggota-anggota kumpulan itu cuba untuk mencuri peti undi selepas Putin membuang undi.

Tiga wanita menanggalkan baju mereka dan menyatakan Putin ialah seorang pencuri.

Polis Moscow menyatakan wanita-wanita tersebut dibawa ke sebuah balai polis dan keputusan belum dibuat sama ada mereka akan dikenakan dakwaan. - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Follow p a a p a a d a by e-mail