• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ahli politik tawar RM6,000 untuk tangkap pontianak

Beberapa ahli politik menawarkan hadiah wang RM6,000 untuk menangkap pontianak yang didakwa penduduk menghisap darah lembu mereka.

Kampung di sekitar bandar Dharampuri di Tamil Nadu tidak berani keluar rumah selepas matahari tenggelam berikutan laporan mengenai kejadian aneh yang berlaku sebelah malam.

Mereka juga menconteng pintu rumah masing-masing dengan mesej kepada pontianak yang dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Ratha Kaatteri, supaya tidak membunuh mereka.

Bagaimanapun, ahli politik tempatan mendakwa khabar angin itu disebarkan oleh penjenayah yang tidak mahu penduduk kampung mengganggu kegiatan membuat dan menghantar arak haram.

Untuk membuktikan cerita mengenai pontianak itu palsu semata-mata, mereka menawarkan hadiah 100,000 rupi (RM6,000) kepada sesiapa yang dapat menunjukkan mayat pontianak.

Ahli politik, O Jayaraman berkata: “Cerita pontianak itu palsu. Penjenayah yang terbabit dengan kegiatan arak haram meyebarkan khabar angin dan membunuh haiwan ternakan penduduk.

“Kerana penduduk percaya kepada kisah pontianak itu dan tidak mempercayai kami, kami menawarkan hadiah berkenaan.” - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail