• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis nafi guna susuk

Penyanyi dangdut remaja, Ayu Ting Ting yang terkenal kerana kecantikan paras rupa dan bentuk badan yang yang menggoda, semalam menafikan dia mengguna susuk.

Malah, katanya, dia akan menolak menggunakannya jika ditawarkan.


“Memang benar ada artis yang masih menggunakan susuk. Tetapi, saya tidak. Semua rezeki yang saya peroleh bukan dengan bantuan susuk. “Dan mujur, sehingga ini belum ada yang menawarkannya kepada saya,” kata penyanyi lagu Alamat Palsu dan Sik Asik itu.

Berita mengenai artis Indonesia memakai susuk kian heboh diperkatakan.


Menurut Ayu, memakai susuk untuk kelihatan cantik tidak ada gunanya kerana dunia hiburan di Indonesia bukan dikuasai oleh artis jelita saja.


“Yang berbakat dan kreatif juga ramai yang berjaya. Saya biasa-biasa saja, tetapi syukur, ramai yang suka.

“Namun, dalam pada itu, masih ada orang yang menuduh saya menggunakan susuk.


‘”Jika saya memakainya, sila tunjukkan di mana,” kata penyanyi remaja itu.

Menurutnya, memang ada teman sesama artis yang menggunakan susuk kerana tidak tahan godaan untuk tampil sempurna setiap hari.


“Memang ada. Ramai. Tapi tolong jangan tanya siapa. Itu rahsia. Bagi saya, biarlah kecantikan itu yang asli saja,” katanya. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail