• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis seksi akui sudah taubat

Nama Eva Arnaz sering kali dikaitkan dengan filem panas. Hampir dalam setiap adegan dia selalu tampil seksi.

Bagaimanapun, Eva sudah berubah dan kini dia dikenali dengan nama Syarifah.

“Sekarang nama saya sudah ditukar menjadi Syarifah. Eva Arnaz sudah lama dilupakan,” kata ibu kepada seorang anak itu kepada detikhot, semalam.

Eva juga menegaskan dia sudah bertaubat. Zaman kegemilangannya sebagai artis hingga mendapat jolokan ‘bom seks’ telah lama ditinggalkan.

“Saya sudah melupakan nama Eva Arnaz. Saya juga tidak suka jika wajah terpampang di Internet dan dikaitkan dengan cerita porno. Saya sudah berubah dan tidak seperti itu lagi,” kata bekas isteri aktor Barry Prima itu. Kegiatan Eva sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa, selain turut aktif dalam forum pengajian agama. “Saya mula mengenakan hijab sejak tahun 2000 dan sudah 12 tahun memakainya. Kehidupan sehari-hari juga dipenuhi dengan pengajian agama,” katanya. - detikhot

Follow p a a p a a d a by e-mail