• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis tolak pakai susuk

Bagi sejumlah artis pemakaian susuk adalah godaan yang sukar ditolak dan Jenny Cortez tidak terkecuali.

Namun, menyedari kesan daripadanya, dia berfikir dua kali untuk meneruskan niatnya. Jenny mengakui dia pernah berniat untuk memakai susuk. Bagaimanapun, niatnya dibatalkan selepas dinasihati ibunya.

Bukan saja melarang tetapi ibu Jenny juga menjelaskan orang yang memakai susuk menghadapi kesukaran di saat kematiannya.

“Saya pernah terlintas untuk memakai susuk tetapi ibu menasihatkan saya supaya tidak memakainya. “Kata ibu orang yang pakai susuk kelak matinya susah. Jadi, saya batalkan niat itu kerana bimbang. “Soal umur dan ajal maut tiada siapa yang dapat tentukan,” katanya kepada detikhot, semalam.

Jenny sendiri sebenarnya antara percaya dan tidak dengan keberkesanan susuk. Dia juga melihat beberapa rakan artis ada yang memakai susuk tetapi tidak memberi kesan kepada karier mereka. “Saya juga tidak percaya sepenuhnya pada pemakaian susuk itu kerana ada rakan model yang memakainya tetapi kerjayanya biasa-biasa saja tidak terlalu menyerlah,” katanya. - DH

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail