• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bebas atau hukum mati

Fanatik anti-Islam warga Norway, Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang dalam dua serangan Julai lalu, memberitahu mahkamah di sini semalam, hanya ada dua keputusan kemungkinan dalam perbicaraannya, dibebaskan atau dihukum mati.

“Hanya ada dua keputusan yang sah dalam kes ini. Dibebaskan atau hukuman mati,” katanya kepada mahkamah.

Dia mengakui kedua-duanya tidak ‘realistik’ kerana dia sudah mengaku melakukan serangan itu dan Norway tidak melaksanakan hukuman mati.

Breivik yang berkata sebelum ini, tujuan serangannya ialah untuk mempertahankan etnik Norway daripada apa yang dianggapnya sebagai pencerobohan Islam, juga memberitahu mahkamah semalam, dua sel lain bersedia untuk menyerang Norway.


Apabila disoal oleh pendakwa raya, Inga Bejer Engh sama ada rakyat negara itu perlu bimbang terhadap serangan berkenaan, dia menjawab: “Ya. Saya hanya seorang daripada ramai militan kebangsaan di Norway dan Eropah. “Sekiranya tuntutan kami tidak dipenuhi, serangan itu akan berlaku,” katanya mertujuk kepada Parti Buruh yang memerintah supaya menamatkan dasar mesra pendatang.

Dalam keterangannya sebelum itu, dia mengadu menjadi sasaran cemuhan di mahkamah.

Dia juga menuntut supaya tindakannya membunuh 77 orang tahun lalu dianggap sebagai peperangan menentan imigrasi.

“Saya berharap anda memberi tumpuan kepada isu, bukan orang,” kata Breivik, 33, kepada mahkamah. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail