• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Beetroot tambah kelajuan atlet

UBI bit atau beet root berupaya memberi tenaga tambahan kepada atlet untuk meningkatkan kepantasan larian.

Menurut penemuan sekumpulan saintis dari Universiti St. Louis Amerika Syarikat (AS), para atlet yang memakan ubi bit sebelum perlumbaan didapati berlari lebih laju berbanding atlet lain yang tidak memakannya.

Saintis turut mendapati ubi bit mengandungi kadar 'nitrat' tinggi yang dapat membantu meningkatkan stamina atlet.

Seramai 11 orang atlet sukarelawan lelaki dan wanita menjalani ujian larian berganda sejauh lima kilometer.

UBI BIT mengandungi kadar nitrat tinggi yang baik untuk mengekalkan stamina atlet.

Para sukarelawan itu memakan ubi bit yang dibakar sebelum larian pertama dan mengambil diet kranberi dengan kandungan kalori sama dengan ubi bit tetapi kandungan nitrat berbeza.

Hasil keputusan ujian yang dikeluarkan Akademi Nutrisi dan Diabetes mendapati pelari yang mengambil kranberi hanya memecut pada kelajuan 11.9 kilometer sejam (km/j) berbanding atlet yang mengambil nutrisi ubi bit. Mereka merekodkan masa larian lebih pantas dengan purata kelajuan melebihi 12.3km/j.

Hasil penyelidikan itu turut membuktikan seseorang atlet itu berupaya mengekalkan kelajuan mereka lebih lama menerusi pengambilan ubi bit selain kelajuan bertambah ketika pecutan pada jarak 1.8 kilometer terakhir.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail