• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bilionair suka hidup secara nomad

Seperti nomad lain Nicolas Berggruen juga sering berpindah-randah. Dia tidak mempunyai kediaman, kereta atau, malah jam tangan dan beberapa barangan yang dia miliki dibawa dalam beg kertas.

“Barang tidak bererti dalam penampilan anda. Tindakan kita yang mempunyai nilai sebenar,” katanya.

Namun, apa yang membuatkan lelaki berusia 50 tahun itu berbeza dengan golongan merempat ialah hartanya yang bernilai 1.5 bilion pound (RM7.5 bilion).

Berggruen meninggalkan pulau peribadi yang dilengkapi landasan helikopter di New York 12 tahun lalu. Rumah baginya kini hanya persinggahan.

Hidup baginya adalah pergi ke serata dunia, berseronok dengan wanita cantik dan tinggal di hotel mewah kadangkala di 14 bandar raya berbeza dalam masa sebulan sementara dia membina empayar perniagaannya. Harta terbarunya ialah saham Burger King bernilai 881 juta pound (RM4.4 bilion). Namun, di sebalik kekayaannya itu taikun berketurunan Perancis-Jerman itu menegaskan dia tidak perlu atau mahukan benda material.

“Memiliki sesuatu bukannya seronok. Tinggal di persekitaran hebat untuk menunjukkan diri sendiri dan orang lain yang saya ada banyak harta tidak bererti,” katanya kepada Daily Mirror.

Berggruen adalah seorang daripada lebih 50 bilionair yang bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya separuh harta mereka. Dia berbelanja jutaan dolar membeli lukisan oleh Andy Warhol dan Damien Hirst hanya untuk diserahkan kepada muzium secara percuma. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail