• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bola milik remaja Jepun dibawa tsunami ditemui di Alaska

Sebiji bola sepak dibawa tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya - seorang remaja berusia 16 tahun.

Nama remaja itu, Misaki Murakami(gambar) terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu.

Kawasan timur Jepun dilanda malapetaka berganda - gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac.

Bola itu ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Alaksa.

Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar.

Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.

"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam.

Murakami tinggal di bandar Rikuzen-takata, yang teruk dilansa tsunami.

Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo.

Rumahnya turut dilarikan arus tsunami.

Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah. Ia ditemui oleh warga Amerika Syarikat, David Baxter di kawasan pantai di Middleton Island.

Menurut agensi NOAA, isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".

Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya."

Pasangan itu dikatakan membuat perancangan untuk menyerahkan bola itu kepada Murakami. Mereka juga ada menemui bola tampar tetapi tidak dapat dikesan pemiliknya.

NOAA memantau sisa-sisa yang bergerak dari Jepun sejak tahun lalu.

Bot Ryou-Un Maru, dari pulau Hokkaido, Jepun, juga dibawa tsunami sehingga Alaska.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail