• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kajian bukti individu bertatu, bertindik kaki botol

Saintis Perancis semalam berkata, mereka menemui bukti yang menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tatu dan bertindik adalah kaki botol.

Menurut mereka, ujian alkohol yang dijalankan terhadap 2,000 lelaki dan wanita muda yang kerap mengunjungi bar di barat Perancis menunjukkan korelasi kukuh antara kesenian tubuh dan kaki botol.

“Individu yang bertindik dan/ atau bertatu mengambil lebih banyak alkohol di bar pada malam minggu berbanding mereka yang mengunjungi bar tetapi tidak bertindik dan bertatu,” lapor kajian untuk jurnal Alkoholisme: Penyelidikan Klinikal dan Uji Kaji.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan individu yang mempunyai tindik dan tatu lebih cenderung terbabit dalam seks tidak selamat, bergaduh dan kaki botol, tetapi ini adalah projek pertama seumpamanya untuk mengukur lebih sukatan alkohol setiap liter daripada hembusan nafas. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail