• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kulit kayu manis ubat diabetes

KANDUNGAN amorfrutin dalam kulit kayu manis berperanan mengurangkan kadar gula dalam darah.

KULIT kayu manis sering digunakan sebagai ramuan untuk menyedapkan makanan namun tumbuhan itu juga mempunyai nilai kesihatan kerana mampu mengubat penyakit diabetes.

Kandungan amorfrutin yang terdapat dalam kulit kayu manis memiliki bahan antidiabetes.

Amorfrutin berperanan mengurangkan kadar gula dalam darah selain menaikkan kebolehan insulin untuk memproses glukosa semasa badan seseorang memproses makanan secara metabolisme.

Pakar perubatan Institut Planck Bax, Berlin, Jerman, Sascha Sauer berkata, kulit kayu manis juga bersifat ala insulin yang membantu mengurangkan paras glukosa darah dan kolesterol pesakit diabetes.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail