• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Peperiksaan...Guru tak bagi tiru kena bunuh

Seorang guru di utara India mati selepas dilanggar kereta dipercayai berpunca daripada keengganannya membenarkan pelajarnya menipu dalam peperiksaan, lapor media kelmarin.

Guru yang dilanggar kenderaan itu, Rakesh Kumar, 37, mengajar di sekolah swasta Haryanastate, bandar Sonepat.

Memang jelas mereka berniat membunuh abang saya. Selepas melanggarnya sekali, mereka mengundur kereta dan melanggarnya lagi, kata adik Kumar, Mukesh. Dia sedang berjalan pulang ke rumah pada Jumaat lalu apabila dua lelaki dalam sebuah kenderaan menahannya dan didakwa memintanya membenarkan seorang pelajar meniru.

Tetapi, Kumar menolak permintaan mereka. Kedua-dua lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta dan melanggarnya dua kali, lapor NDTV.

Kumar meninggal dunia akibat kecederaan dilanggar selepas dibawa ke hospital di New Delhi, 45 kilometer ke selatan Sonepat.

Seorang suspek sudah ditahan dan suspek kedua sedang diburu polis, lapor stesen televisyen CNN-IBN. Keluarga Kumar mengenalpasti suspek sebagai rakan dan saudara kepada pelajar yang mahu menipu itu.

“Memang jelas mereka berniat membunuh abang saya. Selepas melanggarnya sekali, mereka mengundur kereta dan melanggarnya lagi,” kata adik Kumar, Mukesh.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Kumar sempat memberitahu pihak berkuasa mengenai dua orang yang bertanggungjawab dan media mendedahkan dua suspek itu sebagai Vikram Singh dan Hari Om.

Bapa dan adik Kumar berada bersamanya ketika kejadian dan mereka menuduh dua penyerang terbabit sudah lama mendesak mangsa membenarkan pelajar meniru ketika peperiksaan.

“Dia enggan dan akhirnya inilah yang berlaku,” kata Mukesh lagi.

Kerajaan negeri membuat kenyataan mengakui bahawa perlu ada tindakan tertentu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang dan berjanji memberi keadilan kepada mangsa seperti Kumar. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail