• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Remaja dirogol kerana tak nak ke hotel

Keputusan berani seorang remaja bawah umur tidak menolak pelawaan teman lelakinya yang hanya baru dikenali sehari ke sebuah hotel di bandar raya ini membawa padah setelah dia dakwa dirogol lelaki terbabit.

Kecewa diperlakukan sedemikian rupa, remaja yang baru berusia 14 tahun itu mengambil keputusan menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya dan satu laporan polis dibuat.

Susulan laporan, lelaki terbabit, Mohd Khairuddin Mohd Yusof, 22, dari Kampung Losong Atap Zin, di sini, ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam atas dakwaan merogol.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di Terengganu Hotel, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara jam 9 malam hingga 6 pagi pada 14 Mac lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Rosila kemudian menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail