• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

SteamRail ganti Seterika

Alat mudah alih ini akan menjimatkan masa pengguna yang sebelum ini terpaksa mengambil masa lama untuk menggosok pakaian.

Kajian menunjukkan setiap keluarga menghabiskan purata 160 jam setahun untuk menggosok pakaian.

Kini, kerja rumah itu akan menjadi lebih mudah selepas sebuah syarikat di Britain mencipta SteamRail sebagai pengganti seterika yang boleh menghilangkan kedutan 35 pakaian dalam masa sembilan minit.

Jurucakap Displaysense, Jim Moody berkata, produk mudah alih itu adalah yang pertama dicipta dan ia juga boleh dilipat selepas digunakan.

“Kami mengambil masa lama untuk membangunkan kajian ini supaya ia mampu berfungsi dengan cekap untuk meringankan kerja harian pengguna. Pengguna kini mempunyai lebih masa lapang untuk diri sendiri,” jelasnya lagi.

SteamRail yang setanding dengan sistem seterika stim berteknologi akan berada di pasaran dengan harga 234 pound (RM1,157).

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail