• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tiket kapal Titanic dilelong

TIKET kapal Titanic.

Firma Bonham di sini melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.

Lelongan itu dibuat kelmarin sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais.

Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut.

Menu makanan malam untuk pelanggan kapal malam itu turut dilelong pada harga AS$31,250 (RM95,687) termasuk harga premium.

Tiket dan menu itu dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat.- Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail