• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita mabuk masuk rumah, susu bayi orang

Seorang wanita mabuk, memecah masuk ke sebuah rumah di sini dan cuba menyusukan bayi berusia dua bulan.

Ibu bayi itu dikejutkan oleh salakan anjing lalu mendail nombor kecemasan 911 pada jam 5 pagi kelmarin.

Dia memberitahu pegawai polis, seorang wanita yang tidak dikenali memecah masuk ke rumahnya di Brookings dan cuba menyusukan bayi perempuannya.

Menurut polis, Rebecca Silva, suspek berusia 24 tahun kemudian merangkak ke atas katil dan menjadikan rumah itu seperti rumahnya.

Dia menafikan dakwaan itu dan berkata dia tidak pernah cuba menyusukan bayi itu, malah telah dipelawa masuk ke rumah oleh wanita berkenaan.

Katanya, dia bertemu dengan wanita itu malam sebelumnya.

“Saya tidak pernah pecah masuk ke rumahnya. Dia menjemput saya masuk,” dakwanya.

“Dia memberikan saya baju tidur. Dia menipu anggota polis yang saya pecah masuk ke rumahnya. Saya tidak cuba menyusukan bayinya. Ia tidak pernah berlaku,” katanya.

Katanya, dia teringat mereka bertengkar selepas minum arak. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail