• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis berlakon dalam DVD porno

Aksi Uli uliani dalam filem Dedemit Gunung Kidul

Kisah artis yang menjadi mangsa manipulasi gambar pornografi di internet adalah perkara biasa.

Tapi, apa yang dialami oleh artis seksi Uli Uliani kali ini, memang luar biasa.

Tiba-tiba saja dia dilihat ‘berlakon’ dalam DVD filem pornografi cetak rompak.

“Baru-baru ini saya ada berlakon filem dan tidak lama kemudian keluar pula DVD cetak rompak di mana di dalamnya dicampur dengan babak pornografi,” katanya, semalam.

Uli menitiskan air mata kerana kesal dengan kejadian itu.

Uli merasa dirinya dipermainkan sehingga terpaksa bertemu dengan wartawan untuk menerangkan hal itu.

Yang lebih menarik, pertemuan dengan wartawan dibuat di markas Front Pembela Islam (FPI) di Petamburan, Jakarta.

“Saya sangat marah kerana lakonan saya dipermain-mainkan seperti ini,” katanya.

Namun begitu, Uli tidak memberitahu filem lakonannya yang mana satu yang telah dipergunakan sebagai filem pornografi itu.

Aktres yang berusia 26 tahun itu berkata, dia sangat malu dengan babak yang ditayangkan dalam DVD cetak rompak itu dan baginya ia adalah sangat tidak bermoral.

“Isi video itu dicampur antara filem saya dengan babak filem pornografi. Gambar kulit DVD itu juga bukan diambil dari filem saya. Nampak sangat tidak bermoral,” katanya. - Detikhot

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail