• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis jual gambar anak RM2.5 juta

Jessica Simpson dikatakan menjual gambar eksklusif bayi perempuannya, Maxwell Drew, yang dilahirkan pada 1 Mei lalu.

Jessica dikatakan menjual gambar itu kepada majalah People dengan harga AS$800,000 (RM2.5 juta).
Majalah itu memang terkenal membayar dengan harga mahal untuk gambar selebriti dan anak mereka.

Perkara yang sama berlaku ketika Jennifer Lopez, ketika itu isteri Marc Anthony, melahirkan anak kembarnya Max dan Emme pada Februari 2008.

Jennifer menerima bayaran sebanyak AS$6 (RM18.5 juta).

Majalah itu turut membayar pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sebanyak AS$11 juta (RM33.8 juta) untuk gambar anak mereka Knox dan Vivienne tetapi bayaran itu disalurkan kepada dana amal. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail