• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Barang tiruan...Internet jadi medium utama

Penjualan barangan tiruan minyak wangi dan dompet berjenama di jalanan akan diambil alih oleh Internet tidak lama lagi, lapor laporan terbaru AS mengenai barangan cetak rompak, semalam.

Laporan tahunan Khas 301 Perwakilan Perdagangan AS berkata, terdapat “peningkatan berterusan” dalam kegiatan cetak rompak hakcipta “dalam semua format”.

Namun secara berterusan, Internet menjadi medium jualan, bukannya kedai di pusat beli-belah dan penjaja jalanan. Tindakan terhadap penjual di Internet di satu laman web hanya membuka peluang kepada yang lain.

“Peningkatan berterusan jualan di Internet terhadap barangan tiruan dan cetak rompak akan mengatasi kaedah jualan oleh penjaja jalanan dan pasaran fizikal lain,” kata laporan itu. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail