• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Budak lapan tahun pandu BMW

ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di Boston kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.

Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.

Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).

Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail