• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

DALIL-DALIL BUKTI AIR ZAM-ZAM SEBAGAI AIR YANG TERBAIK

Telaga Zam-zam 

Dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Air Zam-Zam, tergantung niat orang yang meminumnya" [Riwayat Ibnu Majah]

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :"Air Zam-Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zam-Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail" [Riwayat Darul Quthni dan Al-Hakim]

Dari Abi Thufail, dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah bersabda : "Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan)" [Riwayat At-Thobrani]

Dari Usamah radhiyallahu 'anhu berkata : "Bahawasanya Rasulullah meminta untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan berwudhu dengannya" [Riwayat Ahmad]

Disebutkan dalam Silsilah Shohihah : "Adalah Rasululllah membawa air Zam-Zam di dalam kantong-kantong air (yang terbuat dari kulit). Beliau menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit"
"Tatkala Jibril memukul Zam-Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,”Semoga Allah merahmati Hajar dan Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang menggenangi (seluruh permukaan tanah)" [Silsilah Shohihah]

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit" [hadis hasan shohih]

Abu Dzar al Ghifari berkata : "Selama 30 hari, aku tidak mempunyai makanan kecuali air Zam-Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi hilang. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar" [Riwayat Muslim]

Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu ‘Abbas mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air atau air Zam-Zam" [Riwayat Bukhari]

Dari ‘Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkabarkan : "Sesungguhnya dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal)" [Riwayat At-Tirmidzi]

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah berkata : "Aku dan orang selain diriku telah mengalami perkara yang ajaib tatkala berubat dengan air Zam-Zam. Dengan izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam-Zam sebagai makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahawa ia terkadang seperti itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan tawaf" [kitab Zaadul Ma'ad]

Beliau [Ibnul Qayyim] rahimahullahu ta'aala berkata : "Ketika berada di Makkah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air Zam-Zam dan membacakan atasnya berulangkali (dengan al-Fatihah), kemudian aku meminumnya. Aku mendapat kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak mengambil manfaat darinya" [kitab Zaadul Ma'ad]



DO'A KETIKA MEMINUM AIR-ZAM-ZAM


Maksud : "Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu akan 'ilmu yang bermanfa'at, rezeqi yang luas terbentang, serta kesembuhan dari segala penyakit dan hawa panas"
Daripada 'Ikrimah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma apabila minum air Zam-zam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah).

ADAB-ADAB DAN TATACARA KETIKA MEMINUM AIR ZAM-ZAM

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya "Al-Jami'ul Lathif fi Fadhli Makkah" dalam bab Adab minum air Zam-zam berkata:
"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zam-zam dengan mengadap Qiblat, kemudian berkata: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk ............. " (sebutkan apa-apa niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bejana/bekas itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Bismillah dan setiap kali selesai dibaca Alhamdulillah. Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu 'Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya. 

Daripada 'Abdullah bin Abi Mulaikah katanya : "Seorang lelaki telah datang menemui lbnu 'Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas : "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab : "Saya baru lepas minum air Zam-zam". Tanya lbnu 'Abbas lagi : "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu 'Abbas : "Bagaimanakah caranya wahai lbnu 'Abbas?" Maka lbnu 'Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zam-zam hendaklah menghadap Qiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bejana/bekas, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda : "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafiq) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air Zam-zam" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah)




No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail