• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dedah rambut...Wanita Islam terima pampasan RM15 juta

Mahkamah Daerah Jackson, di Kansas City, Khamis lalu mengarahkan sebuah syarikat membayar ganti rugi berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) kepada seorang pekerja wanita beragama Islam yang mendakwa syarikat tersebut melakukan diskriminasi terhadapnya.

Ganti rugi tersebut termasuk sebanyak AS$120,000 (RM360,000) bagi kehilangan sumber pendapatan dan kerosakan-kerosakan lain.

Susann Bashir(gambar), yang memeluk Islam pada 2005 mendakwa, syarikat telekomunikasi AT&T memalukannya dengan memaksa dia menanggalkan tudung kepala dan mendedahkan rambutnya.

Akhbar The Kansas City, semalam melaporkan, ia merupakan keputusan terbesar dalam sejarah di Missouri membabitkan kes diskriminasi di tempat kerja.

Susann dalam dokumen mahkamah mendakwa, persekitaran tempat kerjanya berubah seakan-akan memusuhinya setelah dia memeluk Islam, dengan rakan sekerjanya sering mempersendakan tindakannya serta agama yang dianutinya.

"Saya terperanjat apabila mereka mempersendakan tudung kepala yang saya pakai. Sebelum ini tiada sesiapa yang pertikai agama yang saya anuti, tiada siapa yang mempersoalkan pakaian saya?" katanya kepada akhbar tersebut.

Susann bekerja di syarikat tersebut selama 10 tahun sebagai pembina rangkaian fiber optik sebelum dipecat daripada jawatannya dengan menerima pendapatan sebanyak AS$70,000 (AS$210,000) setahun.

Dia juga mendakwa berdepan diskriminasi agama hampir setiap hari selama tiga tahun terakhir bekerja di situ, dengan ada pekerja yang menggelarnya sebagai pengganas.

Sementara itu, jurucakap syarikat AT&T kelmarin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan bercadang untuk mengemukakan rayuan. - AGENSI

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail