• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dihukum mati kerana menyanyi dan menari dalam majlis perkahwinan

Empat wanita dan dua lelaki dijatuhi hukuman mati di utara Pakistan kerana menyanyi dan menari dalam satu majlis perkahwinan.

Pemimpin agama mengeluarkan satu perintah selepas rakaman telefon bimbit menunjukkan enam tertuduh bersuka ria dalam kejadian di sebuah kampung pedalaman di daerah pergunungan Kohistan, 176 kilometer ke utara ibu negara Islamabad.

Pihak berkuasa Pakistan di kawasan terbabit berkata ulama tempatan mengarahkan hukuman terhadap lelaki dan wanita terbabit yang didakwa, perbuatan menyalahi adat tempatan puak yang mengasingkan wanita dan lelaki dalam majlis perkahwinan.

“Pemimpin agama tempatan mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman mati terhadap semua wanita dan lelaki yang dirakamkan video berkenaan,” kata pegawai polis daerah, Abdul Majeed Afridi, semalam.

“Mereka memutuskan bahawa lelaki terbabit akan dibunuh terlebih dulu, tetapi tertuduh sempat melarikan diri jadi wanita yang dituduh selamat setakat ini.

“Saya menghantar satu pasukan menyelamatkan mereka dan menunggu berita selanjutnya,” katanya sambil menambah bahawa wanita terbabit dikurung di rumah mereka.

Afridi berkata, permasalahan itu berpunca daripada satu pertikaian membabitkan dua pihak dan tiada bukti menunjukkan bahawa lelaki dan wanita terbabit bergaul bebas.

“Semua tertuduh dilihat menerusi rakaman berasingan dalam video berkenaan. Saya melihat rakaman yang diambil daripada telefon bimbit saya sendiri, menunjukkan empat wanita menyanyi dan seorang lelaki menari dalam adegan berasingan manakala rakaman lain menunjukkan seorang lelaki lain duduk,” katanya. – AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail