• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Garam daripada air mata dijual RM150

GARAM yang didakwa diperbuat daripada air mata ketawa.

Bila kali terakhir anda menangis? Ketika menonton sebuah filem? Atau ketika bergaduh?

Dan ketika anda menangis, adakah anda menjilat air mata anda yang masin itu?

Sebuah emporium di London mendakwa menghasilkan pelbagai jenis garam yang mereka kata diperbuat daripada air mata manusia.

Mereka berkata: ‘Garam Daripada Air Mata’ mengandungi ‘air mata manusia paling segar yang dimasak.

“Malah anda boleh memiliki jenis air mata yang anda suka seperti Air Mata Daripada Kemarahan, Kesedihan, Ketawa, Menghiris Bawang atau Bersin.

Sebenarnya ia satu gimik pintar emporium berkenaan. Tetapi dengan RM150 satu set, harganya sudah cukup untuk membuat air mata anda meleleh. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail