• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Harta Firaun kena curi

Krisis politik yang tidak berkesudahan di Mesir memberi peluang kepada pencuri melakukan penggalian haram untuk mencuri harta warisan Firaun negara itu.

Penggalian haram berhampiran kuil purba dan di kawasan padang pasir terpencil meningkat menjadi 100 kali ganda sejak 16 bulan lalu sejak kebangkitan yang menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak dan ketika kawalan keselamatan semakin longgar di kebanyakan tempat apabila polis tidak lagi menjalankan tugas.

Rompakan menduduki tempat teratas dalam jenayah pecah masuk di gudang arkeologi tahun lalu malah di Muzium Mesir yang terkenal, pusat penyimpanan artifak zaman Firaun terbesar negara itu.
Pakar arkeologi dan pihak berkuasa antikuiti yang bimbang dengan keadaan itu berusaha menghalang penyeludupan, memantau rapi pusat lelongan Eropah dan Amerika jika artifak yang dicuri ada di situ.

“Penjenayah semakin berani sehingga menggali di kawasan penting termasuk berhampiran Piramid di Giza, dan kawasan lain berdekatan piramid dan kuil utama di Luxor.

“Ia bukan lagi jenayah yang didorong oleh kemiskinan. Ia ketamakan dan membabitkan orang berpendidikan tinggi,” kata komander Jabatan Polis Pelancongan dan Antikuiti, Mejar Jeneral Abdel-Rahim Hassan.

Di negara dengan tamadun berusia lebih 5,000 tahun tertanam di bawahnya, penggalian haram sudah lama menjadi masalah. Rakyat Mesir suka berjenaka anda boleh menggali di mana saja dan akan menemui sesuatu yang berharga.

Namun dengan kawalan keselamatan longgar, keadaan itu bertambah dengan 5,697 kes penggalian haram sejak bermulanya kebangkitan anti-Mubarak pada awal 2011 iaitu 100 kali lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, menurut perangkaan yang diperoleh The Associated Press daripada Kementerian Dalam Negeri

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail