• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

India negara pengguna telefon mudah alih kedua terbesar di dunia

Lelaki dan wanita di India, yang merupakan pengguna telefon mudah alih kedua terbesar di dunia, menggunakan 81 jam sebulan mengendalikan peranti telefon pintar masing-masing.

Bagaimana pun, wujud perbezaan ketara cara mereka menggunakan peranti masing-masing, di mana lelaki suka melayari web manakala wanita menggunakan perkhidmatan pesanan.

Nielsen Informate Mobile Insight mendedahkan bahawa wanita menggunakan 25 peratus daripada masa membuat penggilan dan menghantar pesanan, 19 peratus melayari web, 29 peratus aplikasi online dan 27 peratus aktiviti offline.

Sebaliknya, lelaki menggunakan 50 peratus lebih banyak masa melayari web.

“Lelaki menggunakan 28 peratus daripada masa melakukan pelayaran, 37 peratus aktiviti offline, 19 peratus membuat penggilan dan pesanan dan 16 peratus aplikasi online," demikian menurut dapatan kajian itu yang dilakukan baru-baru ini.

Sehingga Januari, India mempunyai lebih 903 juta pengguna telefon mudah alih. Ia mempunyai pengguna Internet ketiga terbesar di dunia dengan lebih 121 juta sehingga Disember 2011.

Purata bilangan laman web yang dilawati oleh lelaki ialah 20 sebulan berbanding hanya 14 di kalangan wanita.

Bagaimana, wanita lebih suka tapak sosial berbanding lelaki kerana 43 peratus daripada halaman web yang dilawati oleh wanita ialah tapak jaringan sosial berbanding dengan hanya 32 peratus bagi lelaki, kata Nielsen.

Lelaki juga lebih banyak melakukan ujian dengan peralatan masing-masing di mana secara purata mereka memasang 16 aplikasi sebulan berbanding dengan hanya 11 oleh wanita. -- Bernama

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail