• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Jemu Bini Cari Janda

SOAL...Khamis (kiri) menyoal siasat lelaki terbabit

Seorang anggota tentera bukan saja meninggalkan isteri dan dua anaknya, malah melakukan perbuatan terkutuk dengan bermadu asmara bersama kekasih gelapnya yang juga janda di sebuah bilik sewa di Kampung Sembulan Lama, di Kota Kinabalu, semalam.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di bilik sewa itu, jam 1.30 pagi.

Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa JHEAINS.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki berusia 43 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun berstatus janda dari Indonesia.

“Pasangan terbabit menjadikan bilik sewa di Kampung Sembulan Lama lokasi untuk melakukan hubungan seks hampir dua tahun,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail