• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ketam gergasi terselamat daripada dimasak

Ketam gergasi ini terselamat daripada dijadikan bahan makanan.

Sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.
Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.

Yang berada dalam gambar ialah Claude yang selebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.


Ia boleh membesar sehingga 14 kilogram dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam.


Seekor akan dihantar ke Weymouth dan satu lagi ke Birmingham, sementara yang ketiga akan dihantar ke Berlin, Jerman.

Ketua Biologis Marin SeaLife, Rob Hicks berkata: “Ia haiwan yang menakjubkan dan kami berpendapat kos membeli dan menghantarnya ke negara lain adalah berbaloi supaya mereka boleh membesar dalam akuarium.

“Mereka singgah di Hong Kong sebelum tiba di sini kira-kira seminggu lalu.

“Mereka mengambil masa beberapa hari untuk berehat tetapi kini mereka boleh makan seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan perjalanan yang begitu jauh.”

Jemma Battrick, dari SeaLife Weymouth berkata: “Ketika mengetahui kami akan memperoleh ketam itu, saya begitu teruja.

“Kami sudah pun mempunyai akuarium untuk mereka di sini. Dengan itu, adalah mudah untuk memindahkan mereka dan mempamerkannya terus.

“Ketam itu tidak banyak makan walaupun besar. Bahan yang dimakan ialah udang dan sotong.” - The Sun

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail