• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Laungan azan redakan ribut

Tindakan penduduk Blok A, Felda di sini melaungkan azan sebanyak tiga kali berjaya meredakan ribut yang melanda kawasan perumahan mereka.

Bagaimanapun Sinar Harian dimaklumkan, kejadian ribut bermula jam 7.30 hingga 8 malam itu menjejaskan lima rumah di blok terbabit.

Penduduk, Arma Daud, 53, berkata, dia menyuruh anak lelakinya melaungkan azan apabila mendapati ribut itu menjadi terlalu kuat.

“Ketika kejadian, saya berada di Temerloh untuk membeli barangan dapur. Sekitar jam 7.30 malam, saya mendapat panggilan daripada anak lelaki mengatakan rumah kami dilanda ribut.

“Saya terkejut kerana ia kejadian pertama berlaku di sini lalu menyuruh anak melaungkan azan. Kali ketiga dia melaungkan azan, akhirnya ribut itu pun reda,” katanya.

Arma menunjukkan ampaiannya yang musnah dihempap pokok

Dia berkata, setelah pulang ke rumah, dia mendapati ribut sudah reda, namun banyak pokok tumbang dan atap rumah tercabut.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan pokok bersebelahan rumahnya tumbang hingga merosakkan bahagian rumah dan ampaian kain.

Dalam kejadian itu, rumah didiami Kamal Arifin Musa, 28 dan keluarga paling teruk terjejas.

Kamal Arifin berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati makan malam bersama keluarga.

“Kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan pokok patah. Kami tidak sempat berbuat apa-apa dan melihat angin kuat menerbangkan sebahagian atap bilik,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Che Mud Che Musa, 68, berkata, dia dan keluarga tidak pernah mengalami kejadian ribut seperti itu sejak menetap di situ lebih 30 tahun lalu.

“Memandangkan pertama kali berhadapan situasi seperti itu, kami sedikit buntu dan tidak tahu cara untuk menguruskannya,” katanya.

Namun keadaan berbeza buat seorang lagi penduduk, Mohamad Jilu, 63, yang berhadapan kejadian ribut untuk kali kedua.

“Kejadian pertama berlaku dua tahun lalu dan tragedi kali ini menjejaskan sedikit atap rumah saya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kos untuk membaiki kerosakan menelan belanja sekitar RM300 hingga RM400,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail