• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pelacur gelar ejen Amerika bodoh

Seorang pelacur Colombia yang mendedahkan skandal seks anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menggelar mereka ‘bodoh’ kerana melakukan kesalahan melanggannya serta percaya mudah mendapat maklumat sensitif jika dia seorang perisik.

Dania Londono Suarez(gambar) juga mendedahkan, dia tidak mahu lagi terbabit dalam pelacuran kerana kehidupannya musnah akibat pendedahan skandal berkenaan.

Suarez berkata dalam temubual 90 minit dengan W Radio Colombia yang dilakukan di Sepanyol mudah untuk mendapat maklumat sensitif mengenai Presiden Barack Obama berdasarkan perilaku ejen itu di sebuah hotel di Cartagena.

“Dia tidur sepanjang malam. Jika mahu, saya boleh teliti semua dokumen, dompet dan beg bimbitnya,” kata Suarez.

Dia juga memberitahu, tiada seorang pun penyiasat Amerika menghubunginya, walaupun wartawan mengesannya seminggu selepas kejadian itu apabila pemandu teksi menunjukkan rumahnya.

Kenyataan Suarez menimbulkan keresahan ahli Kongres Amerika yang memantau kes itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan Perwakilan, Peter King, meluahkan kebimbangan kerana penyiasat gagal mengesan dan menemubual dua wanita warga asing yang terbabit termasuk Suarez.
“Saya minta penjelasan Perkhidmatan Rahsia mengapa gagal mencari wanita ini sedangkan media tiada masalah mengesannya.

“Lapan ejen Perkhidmatan Rahsia hilang pekerjaan dalam skandal itu walaupun tiada bukti mana-mana daripada 10 wanita yang ditemubual penyiasat Amerika mengenai peranan mereka dalam kejadian itu, ada kaitan dengan kumpulan pengganas”, kata King.

Dalam temubual itu, Suarez menggelar ejen Perkhidmatan Rahsia yang terbabit dalam skandal itu bodoh kerana tidak mempedulikan keselamatan Obama dan membiarkan perkara itu berlaku.

“Apabila saya kata mahu hubungi polis supaya mereka membayar wang kepada saya, ia langsung tidak diendahkan mereka, tidakkah mereka tahu betapa seriusnya masalah ini,” katanya. – AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail