• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Seks...Pesakit jantung tidak bawa maut

SELAMA ini ramai pesakit jantung menganggap aktiviti seks boleh menyebabkan nyawa mereka berada dalam bahaya.

Bagaimanapun, keinginan itu tidak dilarang asalkan mereka mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum meninggalkan hospital.

Menurut pakar jantung daripada Universiti Perubatan Chicago, Amerika Syarikat (AS), Stacy Tessler Lindau, pesakit jantung harus dimaklumkan secukupnya perihal seks.

"Selama ini mereka tidak didedahkan dengan maklumat yang mencukupi sehingga ada yang mengelak daripada melakukan hubungan seks kerana takut mati," katanya.

Penyelidikan itu dilakukan ke atas 1,879 pesakit jantung dengan 50 peratus pesakit lelaki mengaku tidak melakukan seks selepas dikesan menghidap penyakit itu.

Sementara itu, 70 peratus pesakit wanita tidak melakukan seks selepas mengalami serangan jantung.

"Frekuensi hubungan seks bersama pasangan juga turun secara mendadak selepas setahun," cerita Lindau.

Sebaliknya, seorang pakar perubatan daripada Universiti Johns Hopkins, AS, Dr. Peter Staat mendakwa, membayangkan adegan seksual boleh membuatkan tahap kesakitan seseorang berkurangan.

"Ini berdasarkan teori pengendalian rasa sakit yang bertujuan menimbulkan perasaan positif dalam otak sekali gus membuatkan rasa sakit berkurangan.

"Sebelum ini, pakar perubatan sering meminta pesakit memikirkan suasana pantai atau tempat menarik lain bagi mengurangkan kesakitan semasa menjalani rawatan," katanya.

Penyelidikan itu melibatkan 40 pelajar universiti dengan kedua-dua tangan mereka direndam ke dalam baldi yang diisi air yang sejuk.

Majoriti peserta yang fokus dengan fantasi seks secara maksimum mengakui kesakitan mereka berkurangan.

Mereka juga berjaya merendam tangan lebih lama berbanding pelajar yang memikirkan perkara lain.

"Fantasi seks juga menyebabkan jiwa menjadi tenang, tidak cemas, kurang stres selain meningkatkan kepercayaan diri pengamalnya," kata Staat.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail