• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Serangan seksual...Tukang urut saman artis terkenal

John Travolta disaman sebanyak AS$2 juta (RM6 juta) oleh tukang urut yang mendakwa pelakon itu melakukan serangan seksual ketika dia mengurut bintang Hollywood itu di Hotel Beverly Hills, Januari lalu.

Tukang urut yang dinamakan sebagai John Doe dalam dokumen mahkamah mendakwa Travolta menyentuh kemaluannya dan melakukan sekurang-kurangnya satu aksi seks di sebuah banglo peribadi di hotel itu pada 16 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap pelakon berkenaan, menolak tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan tidak berasas.

“Pada hari yang plaintif dakwa dia menemui Travolta, pelakon itu tidak ada di California dan kami boleh buktikan Travolta berada di Pantai Timur. Travolta merancang untuk mengenepikan saman itu dan akan saman peguam terbabit serta plaintif kerana membuat tuduhan palsu,” menurut kenyataan itu.

Peguam tukang urut terbabit, Okorie Okorocha yang berpejabat di Pasadena, California memberitahu wartawan, menurut undang-undang California, mangsa serangan seks seperti anak guamnya boleh memfailkan saman menggunakan nama John Doe jika dia mahu mengelak daripada menanggung malu sekiranya identiti sebenarnya diketahui.

Menurut dokumen mahkamah, permintaan mengurut itu diatur menerusi panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenali yang kemudian membawa tukang urut itu ke hotel berkenaan. Tukang urut itu dibayar RM600 sejam.

Travolta, 58, mula terkenal pada 1970-an menerusi filem Saturday Night Fever dan Grease. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail