• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Suami jadian...Siang lelaki malam pakai coli

“Saya berpakaian begitu kerana mengikut kehendak naluri. Saya tidak kisah apa tanggapan orang lain kerana lebih penting saya puas dengan apa yang saya lakukan,” kata Mamat, 42, ketika dihubungi, semalam.

Mamat mengaku dia menjalani kehidupan dua alam iaitu pada waktu siang menjadi lelaki sejati sebagai suami dan ayah kepada seorang anak remaja, namun berubah dengan memakai pakaian wanita di malam hari.

“Bagi saya, apa yang saya lakukan ini tidak salah kerana saya tidak mengganggu orang lain. Ini ketentuan Allah yang ditakdirkan kepada saya kerana sejak kecil, saya mempunyai naluri pelik ini dan keluarga saya juga tahu,” katanya.

Mamat berkata, dia berasa seronok apabila berpakaian seperti wanita, namun bantahan keluarga mengenai sikap peliknya itu menimbulkan tekanan kepadanya.

“Ketika bujang, saya mula mengumpul pakaian wanita dan memakainya di luar rumah. Keluarga saya tidak tahu perkara itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin, namun bersetuju dengan kehendak keluarga yang menjodohkannya dengan wanita pilihan mereka.

“Saya ingin menjadi diri sendiri dan saya percaya isteri dan anak sudah menerima keadaan saya ini. Oleh itu, saya tidak kisah mengenai pandangan serong jiran mahupun saudara-mara,” katanya.

2 comments:

Si Matatajam said...

Pelik bebenor habit tuh

armouris said...

terjumpa info ni, pasal coli… sharing is caring :) - Coli Rosakkan Payu Dara

Follow p a a p a a d a by e-mail