• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Supermodel gugur anak

SEORANG bilionair, mahu Linda Evangelista(gambar) menggugurkan bayi lelaki yang dikandungnya, dakwa peguam supermodel itu ketika perbicaraan ke atas tuntutan nafkah anak minggu lalu.

Ketika disoal, bilionair berkenaan, Francois-Henri Pinault mengaku dia memutuskan hubungan dengan supermodel itu setelah mengetahui Linda hamil empat bulan.

“Saya sebenarnya belum betul-betul kenal dia,” kata Pinault.

Perbicaraan itu akan memberi keputusan secara terperinci untuk Pinault yang kini telah berkahwin dengan aktres Hollywood Salma Hayek, untuk betanggungjawab ke atas anaknya.

Linda melahirkan anak lelaki mereka, Augie, sekarang berusia lima tahun setelah menjalinkan hubungan singkat dengan Pinault.

Di dalam perbicaraan itu, dia menuntut AS$46,000 (RM140,000) sebulan untuk penjagaan anaknya.

Linda mendakwa, jumlah yang tinggi itu adalah untuk membayar kos pengasuh 24 jam sebanyak AS$7,000 (RM21,310) dan pemandu bersenjata sebanyak AS$16,000 (RM48,700) sebulan, menurut laporan New York Post.

Pinault mengkritik Linda kerana tuntutannya yang keterlaluan dan berkata duit itu sebenarnya untuk “nafkah ibu”: Linda menjawab dia bekerja atau berusaha menaikkan imejnya hampir setiap jam setiap hari.

Menambahkan lagi suasana tegang dan perbicaraan yang lebih getir akan datang, peguam Linda, William Beslow mengulang perbualan bekas pasangan kekasih itu pada Januari 2006.

“Selepas melalui saat bahagia, Pinault memberitahu Linda, dia mahu Linda menggugurkan kandungannya,” katanya.

New York Post melaporkan, Linda yang waktu itu berusia awal 40-an memberitahu Pinault, dia mahu meneruskan kandungannya.

“Dia akan membesarkan anaknya sendiri kerana Pinault dengan terang enggan untuk berbuat demikian. Dan dia mengotakan kata-katanya.”


PINAULT dengan isterinya Salma Hayek.

Menurut laporan Post lagi, Pinault yang mula berpacaran dengan Salma Hayak ketika Linda hamil, hanya memerhatikan bekas teman wanitanya dengan tersenyum kecil.

Ketika berdiri di kandang saksi, Pinault berkata dia mendapat tahu Linda hamil pada awal 2006 dan mengaku terus memutuskan hubungan mereka.

“Dia sangat gembira kerana hamil,” katanya. “Tapi kehamilan itu tidak dirancang dan pada waktu itu saya membuat keputusan mahu memutuskan hubungan kami.”

Tambahnya, “Kami berpacaran selama empat bulan dan saya belum lagi mengenali dia dengan lebih dekat.”

Katanya lagi, dia percaya Linda sengaja hamil dan dia tidak diberi peluang untuk membuat keputusan sama ada Linda patut meneruskan kandungannya atau tidak.

Pinault berkata, “Saya beritahu dia saya akan iktiraf anak saya, dan saya lakukannya. Saya akan bertanggungjawab dan saya turut lakukannya.”

Ditanya mengapa dia tidak membayar nafkah anak kepada Linda sejak Augie berusia setahun, Pinault menjawab, “Dia tidak meminta dan saya tidak menawarkannya.”

Pinault, 49, adalah ketua eksekutif PPR, sebuah konglomerat yang memiliki Yves Saint Laurent, Gucci dan Bottega Veneta. Dia juga mewarisi AS$11.5 (RM35 bilion) perniagaan keluarga.

Beslow menegaskan Linda tidak berniat mahu meningkatkan statusnya tetapi selama ini dia telah membelanjakan kos penjagaan anak tanpa bantuan satu sen pun daripada Pinault.

“Linda tidak berniat untuk menumpang cara hidup Pinault,” kata Beslow. “Dia hanya mahu meneruskan kehidupan yang baik untuk Augie.”

Peguam Pinault, David Aronson pula berkata, anak buahnya sudah mencuba berkali-kali melalui peguam Linda untuk berbincang mengenai bayaran nafkah anak tetapi tidak dilayan.

Katanya, “Kebanyakan perbelanjaan tidak berkenaan Augie tetapi lebih kepada Linda.”

Dia berkata, “Mereka mempunyai wang yang lebih banyak berbanding orang biasa tetapi tetapi jumlah yang diminta adalah keterlaluan.”

Sekiranya mahkamah membenarkan permintaannya sebanyak RM140,000 sebulan, maka ia adalah pembayaran nafkah anak tertinggi yang direkodkan.

“Saya perlu melindunginya,” kata Linda kepada majalah Love, Februari lalu.

Tahun lalu, hakim mempersoalkan permintaan untuk pengasuh sepenuh masa dan bertanya kekerapan dia bekerja.

“Sekiranya saya berkerja, ia akan ambil masa hingga 16 jam sehari,” katanya.

“Pada hari saya tidak bekerja, saya terpaksa meningkatkan imej saya. Saya perlu ke gimnasium, saya mempunyai temujanji kecantikan. Saya perlu bekerja keras untuk meningkatkan imej saya untuk mendapatkan kerja, sama seperti seorang atlit,” katanya.

Linda yang mempunyai pendapatan AS$8 juta (RM24.4 juta) turut menuntut Pinault menyediakan sebuah rumah untuk anak lelakinya sama seperti rumah agam di California bernilai AS$13 juta (RM40 juta) yang diletakkan atas namanya, Salma dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun, Valentina.

The Daily News melaporkan, perniagaan keluarga mereka termasuk pusat lelongan Christie, ladang anggur Ch�teau-Latour di Bordeaux dan kelab bola sepak liga Perancis Stade Rennais.

Awal minggu ini, peguam perceraian di Manhattan, Raoul Felder berkata, pembayaran tinggi yang mencecah AS$1,500 (RM4,600) sehari tidak mungkin tercapai.

Dia berkata, hakim akan mengambil kira berapa kos sebenar penjagaan seorang anak, bukan berapa kaya ibu atau bapanya.

“Dia mungkin akan terperanjat. Kalau saya, saya tidak akan mula mengira wang yang akan saya terima,” katanya.

Linda juga mempunyai sebuah emper di Chelsea New York dan sebuah apartmen berdekatan sekolah anaknya di kawasan mewah di East.

Dia memutuskan hubungan dengan bilionair dan pengasas bersama Hard Rock Cafe, Peter Morton tahun lalu dan terus memfailkan kesnyaterhadap Pinault tidak lama selepas itu.

Sejak itu, Pinault membayar nafkah anak, walaupun jumlahnya tidak didedahkan.
Pasangan itu berpacaran dari September 2005 hingga Januari 2006 dan dia hamilkan Augie ketika Pinault mula berpacaran dengan Salma pada April 2006.
Pinault berkahwin dengan Salma pada 2009.

Linda merahsiakan nama bapa Augie sehingga ia didedahkan di dokumen mahkamah ketika memfailkan kes pada Ogos, tahun lalu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail