• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Umpan RM50 untuk ‘main-main’

Seorang remaja kelainan upaya (OKU) dicabul empat lelaki yang masuk ke rumahnya di Cheras, di sini, ketika mangsa yang mengalami penyakit lembam tinggal bersendirian.

Dalam kejadian jam 7 malam, Khamis lalu, empat suspek terbabit menceroboh rumah mangsa dipercayai untuk mencuri wang RM200 yang diletakkan di atas almari di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa berusia belasan tahun yang dikatakan mengenali semua suspek kemudian diajak ‘bermain-main’ di dalam bilik dan setiap suspek mengumpan mangsa dengan upah RM50 setiap seorang.

“Pada mulanya mangsa menolak, namun selepas dipujuk mangsa akhirnya terpedaya dan dia diajak masuk ke dalam bilik sebelum keempat-empat suspek mencabulnya.

“Mujur kakak ipar mangsa datang ke rumah dan terkejut apabila mendapati ada empat lelaki berada di dalam bilik di rumah itu bersama mangsa yang hanya berkemeja-T, tanpa pakaian dalam,” katanya.

Sumber itu berkata, semua suspek melarikan diri dan kakak ipar mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pudu sebelum melakukan pemeriksaan doktor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, empat suspek terbabit yang berusia belasan tahun ditangkap sehari selepas laporan polis dibuat mangsa. Semua direman empat hari bermula Jumaat lalu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail