• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita dipaksa melacur di Jepun

Seorang lelaki ditahan kerana terlibat dalam rangkaian pemerdagangan manusia dengan menghantar tiga wanita Thai ke Jepun, tahun lalu.

Tiga wanita yang diselamatkan polis wilayah Nagano September lalu memberitahu, Chakraphan Wacharaphin, 55, membantu menguruskan dokumen perjalanan dan tiket kapal terbang untuk mereka bekerja di restoran di Jepun.

Ketua Divisyen Antipemerdagangan Manusia, Polis Diraja Thailand berkata, apabila tiba di Jepun, mereka dipaksa melacur.

Chakraphan tidak mengaku terlibat dalam pemerdagangan manusia ketika ditangkap kelmarin, tetapi mengaku menerima antara 20,000 dan 40,000 baht (RM2,000 dan RM4,000) daripada setiap wanita untuk menguruskan visa mereka ke Jepun.

Katanya, ibu bapa mereka setuju dengan urusan visa itu. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail