• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita kena jual...Jadi hamba seks

Tertipu dengan ajakan teman baru untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.

Difahamkan, teman baru mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali sejak Februari lalu.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi.

Menurutnya, ketika berada di hotel, mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman dipercayai dicampur dengan dadah yang menyebabkannya khayal sebelum dirogol lelaki itu.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut merakam gambar bogel mangsa ketika dalam keadaan khayal. Mangsa kemudian dijual kepada pasangan suami isteri berkenaan kononnya untuk bekerja di salun rambut milik mereka.

“Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan pekerjaan di salun rambut, sebaliknya diminta menjadi hamba seks di rumah pasangan itu,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail