• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Warga emas Malaysia ditemui merayau di Medan

Khatijah ditemui tanpa sebarang dokumen perjalanan sah, mendakwa bekerja di sebuah kedai makan di tingkat satu, Stesen Bas Batu Pahat, Johor, diajak bercuti di Medan oleh seorang wanita warga Indonesia yang baru dikenalinya, Ahad lalu.

Seorang wanita warga emas dipercayai berasal dari Malaysia ditemui merayau-rayau di sekitar kawasan Masjid Raya, Medan, Indonesia, Isnin lalu.

Wanita itu yang hanya mengingati namanya sebagai Khatijah Ismail (gambar), berusia awal 60-an ditemui penduduk di situ dan diserahkan kepada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Setibanya di sana, Khatijah mendakwa ditinggalkan bersendirian sehelai sepinggang selepas dokumen perjalanan, beg pakaian dan barangan berharga miliknya dilarikan wanita itu yang memintanya menunggu di suatu kawasan di bandar Medan.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan di Medan bagi membantu mengesan wanita itu.

“Sehingga kini Khatijah ditempatkan di bawah pengawasan pejabat konsul di sini sementara menunggu dokumen perjalanan dan kebenaran izin keluar dari Indonesia.

“Ini terpaksa dilakukan bagi membolehkan Khatijah dibawa keluar dari negara ini dalam keadaan selamat tanpa sebarang tindakan undang-undang oleh imigresen Indonesia,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya pihak konsul sedang mengesan ahli keluarga wanita itu bagi mengambilnya sejurus kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Mereka yang mengenali wanita berkenaan boleh menghubungi Norlin ditalian +62811618849 atau Pegawai Imigresen Malaysia, Ismail Ali di talian +6281370758811 bagi membantu mengesan keluarga mangsa.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail