• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Anonymous gesa pengguna Internet berdemonstrasi

Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous menggesa orang ramai mengadakan demonstrasi di jalan raya di 16 bandar raya di seluruh India semalam sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan yang sering melakukan penapisan di Internet.

Gesaan supaya melakukan demonstrasi oleh cawangan kumpulan itu di India dibuat ekoran perintah mahkamah pada 29 Mac lalu di bandar raya Chennai di selatan negara itu yang menuntut 15 pembekal Internet di India menghalang akses terhadap laman seperti Pirate Bay.

Arahan itu menyebabkan akses terhadap beberapa laman web utama yang mempunyai kandungan antaranya filem dan muzik cetak rompak disekat, termasuk www.isohunt.com dan www.pastebin.com.

Rabu lalu, dalam forumnya, Anonymous mendakwa menyerang laman web telekom kerajaan, MTNL. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail