• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis mati gantung diri

Seorang lagi aktres Korea Selatan menamatkan riwayat hidupnya apabila ditemui menggantung diri di kediamannya, lapor laman web AllKPop, semalam.

Jung Ah Yool, 25, ditemui mati tergantung oleh temannya Selasa lalu.

Temannya yang panik bergegas membawa Ah Yool ke hospital tetapi aktres berkenaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Temannya ada memberitahu Ah Yool mengalami kemurungan sejak akhir-akhir ini. Pada pagi Isnin lalu, sehari sebelum dia menggantung diri, Ah Yool menulis di akaun Facebooknya, “Tiada apa yang dapat menenangkan saya.”

Tidak banyak diketahui mengenai aktres itu selain daripada kontraknya dengan Myname Entertainment yang tamat enam bulan lalu. Aktres itu turut berlakon dalam drama terbitan KBS bertajuk “Love, Love”. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail