• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Berbogel untuk selamat berbasikal

Berpuluh-puluh orang berbogel dan mengayuh basikal di bandar Puebla, selatan Mexico, semalam untuk membantah risiko yang terpaksa mereka hadapi di jalan raya.

Dengan tulisan “sekarang kamu nampak saya?” dicat pada badan mereka, peserta protes itu juga berharap dapat menggalakkan aktiviti berbasikal sebagai sumber riadah serta memulihara alam sekitar.

Seorang daripada mereka, Artuto Rivera, berkata pengguna basikal berharap dapat mengubah keadaan melalui aktiviti berkenaan.

Mereka berkumpul di satu daripada jalan paling sibuk di Puebla untuk menarik perhatian orang ramai.

Walaupun sesetengah penunjuk perasaan wanita mengenakan pakaian mandi, kebanyakan lelaki memilih berbogel sepenuhnya ketika mengayuh basikal dalam hujan di tengah Puebla.

Protes itu didorong kematian dua pengayuh basikal baru-baru ini. - Reuters

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail