• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Buku 'Lima Kota Paling Berpengaruh di Dunia' Fitnah Rasulullah Dan Islam

Sebuah lagi buku menghina Nabi Muhammad SAW dilaporkan berada di pasaran Indonesia.

Kelmarin, Barisan Pembela Islam (FPI) membuat laporan polis berhubung buku berjudul 'Lima Kota Paling Berpengaruh di Dunia' hasil tulisan Douglas Wilson diterbitkan Gramedia Pustaka Utama yang dikatakan turut berunsur fitnah terhadap Rasulullah dan agama Islam.

Jurucakap FPI, Munarman berkata, mereka telah menuntut tindakan undang-undang dikenakan ke atas penerbit buku itu walaupun pihak Gramedi telah memohon maaf.

Dalam insiden berasingan, Persekutuan Guru Bebas Jawa Barat (FGII) mendakwa terdapat empat buku berunsur lucah diedarkan ke beberapa perpustakaan sekolah rendah di Bandung dan mereka menggesa siasatan segera dilakukan kerana khuatir akan memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail